March 25, 2023

tripadvisor top 25 2013 – tidak tersenarai

rome

Pic Rome from article How to explore Valentino’s city.

Biasanya antara senarai yang ditunggu-tunggu di dalam industri kembara dan pelancongan adalah daripada tripadvisor. Nampakya untuk Top 25 travelers choice di tripadvisor, tempat-tempat tarikan di Malaysia tidak tersenarai. Paris, New York, London, Rome mengungguli. Tempat-tempat tarikan premium yang seperti dijangka. Di dalam top 25 tersebut terdapat 2 tempat di Asean iaitu Bangkok, Siem Reap dan Chiang Mai. Umum mengetahui kedudukan Malaysia adalah top 10 di dalam rangking jumlah kedatangan pelancong dunia. Thailand dan Cambodia pun tidak top 10.

Perkara yang perlu dilihat untuk membangunkan tempat tarikan pelancongan di Malaysia selepas ini mestilah berdasarkan keunikan dan keaslian. Sebagai contoh, jika Rome menjadi pusat butik-butik berjenama bertaraf dunia, rasanya tidak perlulah kita bersaing dengan Rome dengan bersungguh-sungguh membuka butik berjenama Eropah di sini. Sudah tentu impian kebanyakkan orang hendak ke Rome.

Peruntukkan yang besar untuk membangunkan tarikan baru buatan perlu difikirkan dengan teliti kerana jika tidak berbaloi untuk menjadi tarikan global, lebih baik digunakan untuk memulihara dan ‘upgrade’ tempat sedia ada, sistem kebersihan dan keunikan yang Malaysia ada. Sebagai contoh pasar malam, jika dinaiktaraf dan dikawal mungkin ia akan menjadi bualan di dunia sebelah sana seperti kebabnyakkan orang yang ingin mengunjungi Grand Bazaar di Istanbul!.

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.