March 20, 2023

Tips untuk kawal makan supaya dapat makan lebih banyak…

jamuan raya

Sebenarnya tips ini adalah teknik untuk mengawal makan supaya kita dapat makan lebih banyak semasa musim perayaan. Sebagai contoh, di hari raya, amalan kunjung mengunjung adalah adalah amalan biasa. Kita mungkin keluar melawat lebih daripada 5 buah semasa musim perayaan. Sudah tentu tidak berapa elok jika kita berhenti makan pada rumah ke 3 kerana telah makan terlebih banyak semasa kunjungan pertama dan kedua. Ini kerana tuan rumah telah memasak dan menghidangkan makanan.

Melalui pemerhatian dan pengalaman, antara yang boleh kita lakukan supaya dapat makan lebih banyak adalah:

1) Bertenang pada rumah pertama, lihat dahulu semua hidangan yang disediakan. Jangan terus terjah dan memenuhkan pinggan hingga tinggi membukit..ini bukan buffet hotel.

2) Jangan minum air, kurangkan minum air dan elakkan minuman bergas. Minum sedikit minuman panas seperti teh O. Air bergas akan menyebabkan perut cepat penuh dan kembong.

3) Jangan ambil terlalu banyak nasi, nasi impit atau ketupat kerana makanan ini cepat mengenyangkan.

4) Jangan makan terlalu banyak buah-buahan yang berair seperti tembikai atau yang mengenyangkan seperti pisang atau yang berangin seperti nangka.

5) Rasa semua makanan yang dihidangkan dalam kuantiti yang ala kadar supayan anda dapat menikmati semua juadah hari raya yang jarang boleh didapati dan tuan rumah juga senang melihat anda merasa semua hidangannya.

Nah sekarang perut kita masih ada ruang untuk rumah seterusnya. Bagaimana pula dengan cara anda?

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.