September 21, 2023

Restoran Sri Mawar Ria di Melaka Sentral

sri mawar ria
Seperti yang umum tahu Melaka Sentral adalah hentian bersepadu utama di Negeri Melaka dan antara yang terbesar di Malaysia. Oleh kerana Melaka Sentral adalah hentian / transit utama bagi kenderaan awam darat, sudah tentulah ianya tempat yang strategik kerana menerima kehadiran orang -ramai dan pelancong asing.

Apabila turun daripada perjalanan yang jauh antara tempat yang kita akan cari adalah restoran. Untuk makan, rehat dan menghilangkan dahaga. Boleh juga beramah-mesra dengan orang tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat yang akan dilawati. Antara Restoran yang patut anda singgah semasa di Melaka Sentral adalah Sri Mawar Ria. Anda perlu berjalan ke tengah dan terus ke arah hentian teksi melepasi restoran makanan segera McDonald terus dan boleh melihat deretan restoran dan antaranya adalah Sri Mawar Ria.

portsmouth

Pelancong ini makan 2 Pinggan

Apa yang menarik mengenai resoran ini ia menawarkan Masakan Cina dan Baba-Nyonya daripada resipi asli Orang Cina. Ini kerana pengusahanya juga berbangsa Cina Muslim iaitu En. Ridzuan Yeoh. Beliau sentiasa ada di restoran dan ramah melayan kedatangan pelanggan. Oleh kerana keramahan beliau, restoran ini menjadi tumpuan kepada pelancong luar terutama daripada Eropah.
satisfied tourist
Asam Pedas Nyonya, Nasi Goreng Cina / Cili Padi, Char Kue Tiau Penang, Rojak Petis dan Pelbagai Mee / Yee Mee Chinese Style resipi asli ada di sini. En. Ridzuan Yeoh juga amat aktif dalam mengemaskini Facebook setiap kali pelanggan datang ke restoran terutama pelancong asing. Pengunjung boleh melihat Buku Tetamu yang telah lebih 2 tahun dikemaskini beliau. Tentu anda teruja melihat pelancong dari luar negara dan pelbagai latar belakang menikmati dan memuji resipi beliau.

Ohh, Restoran Sri Mawar Ria juga adalah tempat berkumpulnya bekas-bekas pelajar daripada Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka kerana beliau juga adalah bekas guru di sana. Ada buku catatan khas untuk ex-student Teknik Bukit Piatu daripada Cikgu Ridzuan Yeoh…

https://www.facebook.com/ridzuan.yeoh

satisfied 2

CAM00296

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.