20th century theme park

Satu lagi taman tema bertaraf dunia di Malaysia?

20th century theme park

Mengikut laporan ianya adalah daripada 20th Century Fox. Ini merupakan taman tema pertama seumpamanya di dunia oleh 20th Century Fox dan lokasinya adalah di Malaysia. Kedatangan Century Fox ini merupakan satu lagi persaingan bagi gergasi taman tema berasaskan ‘Hollywood Movies’ seperti Disney dan Universal Studio. 20th Century Fox juga tak kurang hebatnya dalam filem box office seperti “Ice Age,” “Rio,” “Alien vs. Predator,” “Planet of the Apes” and “Night at the Museum.” Sudah tentu film-film ini akan diterapkan di dalam taman tema ini seperti apa yang kita lihat di Universal Studio Singapura. Dengan siapnya taman tema bertaraf antarabangsa seperti ini sudah tentu akan menjadikan salah satu destinasi pelancongan oleh negara-negara berdekatan seperti apa yang berlaku di taman tema seperti ini di Seluruh Dunia.

Continue reading “Satu lagi taman tema bertaraf dunia di Malaysia?” »

— asmaliana

electric bus london

Negeri Pertama Guna Bus Elektrik

bas elektrik melaka 1

Ketua Menteri Sedang Mencuba Bas Elektrik pertama Melaka (Melaka Hari Ini)

Melaka sedang menguji bas elektrik dan akan menjadi negeri pertama menjadikan Electric bus yang mesra alam ini suatu realiti. Bercakap tentang elektrik sudah tentu tidak mengeluarkan asap, tidak mempunyai enjin yang bising, tidak perlu diesel. Sudah tentu penjimatan dan mengurangkan pencemaran menjadi agenda utama. Nampaknya kotaraya London juga baru saja mencubanya pada bulan ini dengan menjangkakan operasi lebih menyeluruh bas elektrik di kota London pada 2016.

Continue reading “Negeri Pertama Guna Bus Elektrik” »

— asmaliana

private jet

More chartered flights in Melaka Airport?

private jet

Public–private partnership biasa juga disebut PPP, adalah kerjasama pengurusan antara kerajaan dan swasta yang biasanya dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta dengan sokongan kerajaan dari segi teknikal, operasi dan sebagainya. Kalau di Britain disebut PFI (Private Funding Initiative). Penerbangan tambang biasa, sewaan dan jet peribadi adalah 3 perkara berbeza yang boleh menjana aktiviti lapangan terbang. Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan perkara ini seperti di dalam akhbar the Star…

Continue reading “More chartered flights in Melaka Airport?” »

— asmaliana

CAM00995

Gasing Melaka

CAM00995

Di Melaka juga ada permainan Gasing, seperti mana-mana permainan tradisi yang ada sekarang ianya juga semakin tidak mendapat sambutan daripada anak-anak muda, ramaja dan kanak-kanak. Permainan gasing yang dimainkan di Melaka adalah gasing pangkah. Jenis gasing ini adalah gasing Melayu / gasing berembang. Tidak ramai lagi yang memiliki gasing di rumah sekarang. Mungkin juga atas faktor kesukaran mendapatkan gasing. Yang ada dijual sekarang lebih kepada hiasan dan harganya mahal sedikit berbanding 30 tahun dahulu dimana gasing boleh didapati dikedai runcit dengan harga beberapa sen sahaja.

Continue reading “Gasing Melaka” »

— asmaliana

Melaka unesco2

Pelancongan penyumbang terbesar KDNK Negeri

Melaka unesco2

Visi pelancongan Malaysia adalah untuk menjadikan sebuah negara pelancongan yang terunggul di dunia. Usaha yang dilaksanakan adalah selaras dengan Dasar Pelancongan Negara untuk menjadikan industri pelancongan negara sebagai sebuah sektor utama, mampan, berdaya maju dan berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi negara. Dimana-mana negara yang aman dan stabil mereka sedar untuk memajukan industri ini kerana ianya boleh menyumbang kepada ekonomi secara terus kepada awam.

Continue reading “Pelancongan penyumbang terbesar KDNK Negeri” »

— asmaliana

Melaka unesco3

VMY 2014, Flashback Pencapaian Industri Pelancongan Melaka yang lepas…

Melaka unesco3
Wah, rasa sekejap sahaja kita akan memasuki tahun baru 2014 lebih kurang 10 hari lagi. 2013 boleh dikatakan permulaan untuk perancangan tahun-tahun yang akan datang oleh kerana ada beberapa perubahan kepimpinan yang utama. Sudah tentu 2014 adalah tahun untuk bekerja yang mengujakan! Pencapaian masa lalu boleh dijadikan panduan penanda aras dan juga pelajaran :-).Mari kita lihat antara beberapa pencapaian penting industri. Melaka pernah tersenarai sebagai sebuah destinasi pelancongan yang perlu dilawati pada tahun 2012 di dalam akhbar The New York Times. Melaka menduduki tangga ke-28 daripada 45 buah destinasi pelancongan yang terpilih di serata dunia. Selain itu, Melaka juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa daripada laman web pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Tripadvisor.com. Melalui laman web tersebut, 4 buah hotel di Melaka telah tersenarai berdasarkan kepada kategori seperti berikut:-

Continue reading “VMY 2014, Flashback Pencapaian Industri Pelancongan Melaka yang lepas…” »

— asmaliana

Inspiring Your Life & Become More Meaningful!!