December 11, 2019

Seminar Pelancongan Kebangsaan IMT-GT 2018

Alhamdulillah, pada 23-25 April 2018 di Hotel Royale Chulan Damansara, saya telah mewakili Tourism Melaka bagi menghadiri Seminar Pelancongan Kebangsaan IMT-GT bagi memanfaatkan potensi pelancongan sebagai sumber pertumbuhan utama melalui platform IMT-GT. Seminar ini dianjurkan oleh MOTAC dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Sebanyak 8 buah negeri di Malaysia termasuk di dalam kawasan IMT-GT ini iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Penang, Kedah, Perlis dan Kelantan. Jika dilihat, tren kehadiran pelancong pada hari ini menunjukkan pertumbuhan yang positif dan semakin meningkat di mana Malaysia mensasarkan 36 juta pelancong dengan RM168 Billion jumlah pendapatan di dalam sektor ini menjelang tahun 2020. Selain itu, potensi sektor pelancongan ini turut menjadikan Indonesia & Thailand turut memfokuskan pembangunan di dalam sektor ini.Seminar ini turut dihadiri oleh pelbagai latar belakang penggiat industri pelancongan. Negeri Melaka turut diwakili oleh En. Jeffri (MOTAC Melaka), En Nazary (PPSPNM), En Ali Kasmin (MTSB), En Abu Hassan (MAH Melaka), En Zohaime (Persatuan Homestay & KampungStay), En Suhaimi (Marli Travel) dan En Mike Tien (Seafarers Melaka).Team Melaka telah membentangkan analisa SWOT & Pakej-Pakej Pelancongan Negeri Melaka yang melibatkan 13 Sub Sektor Pelancongan Negeri Melaka yang akan dipromosikan dan dijual di bawah platform IMT-GT. Kesemua hasil seminar ini akan diangkat di dalam Mesyuarat IMT-GT bersama-sama Indonesia & Thailand yang akan diadakan pada bulan Ogos 2018 nanti.Selain itu, kami turut dibawa melawat ke Sunway City yang telah memenangi Anugerah Khas sempena Anugerah Pelancongan Malaysia 2016/2017.
Seminar yang sangat menarik & bermanfaat. Walaupun dikerah untuk pecah otak memikirkan input-input untuk IMT-GT ini.#TourismMelaka#FabulousMelaka#DontMessWithMelaka#MelakaMajuFasaKedua#BerkatTepatCepat#MalaysiaTrulyAsia#MelakaDekatJer

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.