November 19, 2019

Sambutan Malam Tujuh Likur Negeri Melaka 2017

Sambutan Malam Tujuh Likur Negeri Melaka

Sambutan Malam Tujuh Likur Negeri Melaka 2017 ini merupakan acara pelancongan Kerajaan Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Tourism Melaka. Acara ini telah masuk ke tahun keempat berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan daripada perantauan yang pulang berhari raya di Negeri Melaka pada tahun lepas.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk meraikan kepulangan perantauan yang pulang ke Negeri Melaka yang akan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping mempromosikan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dilawati semasa bulan perayaan.

Selain itu, program ini diadakan bagi menghangatkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan tradisi penyediaan kuih tradisional seperti lemang, dodol, ketupat, rendang dan kuih-kuih tradisional yang disediakan oleh masyarakat terlebih dahulu.

Kita juga percaya, program ini akan mengimas kembali keunikan cara penyediaan kuih-kuih tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat kini terutamanya kepada para belia dan pelancong yang berkunjung ke Negeri Melaka di samping mempromosikan Negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan makan-makan kepada pelancong domestik dan antarabangsa selaras dengan sasaran 16.75 juta pelancong pada tahun 2017 ini.

PENGISIAN PROGRAM
• Acara pelancongan ini akan dimulakan dengan penyediaan juadah aidilfitri oleh penggiat industri pelancongan Negeri Melaka bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Di antara juadah aidilfitri yang disediakan adalah seperti Dodol, Wajik, Lemang, Rendang dan Kuih Raya.

• Selepas aktiviti memasak ini selesai, sukarelawan penggiat industri pelancongan Negeri Melaka akan membungkus kesemua juadah aidilfitri ini di dalam Bungkusan Pek Hari Raya sempena Sambutan Malam Tujuh Likur ini.

• Program ini akan diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ir Hj Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka pada jam 10.30 malam yang akan bersama-sama mengedarkan Bungkusan Pek Hari Raya ini kepada para perantauan dan pelancong yang melalui Tol Ayer Keroh, Melaka.

• Sambutan Malam Tujuh Likur Negeri Melaka 2017 akan turut dihiasi dengan pelita-pelita hari raya dan lampu-lampu hiasan yang akan menyerikan lagi program ini di samping meraikan kehadiran pelancong yang berkunjung ke Negeri Melaka.

• Pada kali ini, Kerajaan Negeri Melaka juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Persatuan Hotel Malaysia Melaka (MAH), Majis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka di atas sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

• Acara ini merupakan salah sebuah daripada 18 buah acara pelancongan utama Negeri Melaka yang telah dimasukkan di dalam Kalendar Pelancongan Negeri Melaka (COE) 2017.

Anda dijemput memeriahkan lagi aktiviti mengacau dodol dan wajik ini termasuk aktiviti memasak rendang & ketupat Aidilfitri ini yang akan diedarkan kepada perantauan yang pulang berhari raya di Melaka, Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

Sesungguhnya kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis ini nanti. Sekian, terima kasih.

#TourismMelaka
#FabulousMelaka
#DontMessWithMelaka
#MelakaMajuFasaKedua
#BerkatTepatCepat
#WeLoveMelaka
#MalaysiaTrulyAsia
#MelakaDekatJer

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.