Destination Melaka – Tren Baru Untuk Melancong

Destination Melaka

Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah memperkenalkan aplikasi pintar mudah alih pelancongan yang dikenali sebagai Destination Melaka dengan izin dan ini menjadikan Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi mudah alih pelancongan di Malaysia. Usaha ini merupakan jalinan kerjasama dan perkongsian pintar bersama dengan Telekom Malaysia dan dibangunkan bagi memenuhi permintaan pelancong yang ingin mendapatkan maklumat mengenai semua maklumat pelancongan Negeri Melaka dengan lebih mudah dan terkini dengan menggunakan teknologi terkini, hanya di hujung jari.

Aplikasi mudah alih Destination Melaka ini memuatkan pelbagai informasi seperti senarai premis penginapan pelancong, tempat-tempat menarik yang boleh dilawati, senarai acara-acara pelancongan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun, tawaran dan promosi daripada penggiat industri pelancongan yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna aplikasi mudah alih ini. Pengguna juga dapat mengumpul maklumat terkini mengenai pelancongan Negeri Melaka melalui interface yang mesra pengguna. Selain itu, aplikasi mudah alih ini juga memberikan kemudahan para pengguna / pelancong mendapatkan maklumat terkini pelancongan Negeri Melaka ini berdasarkan Lokasi, Fungsi Carian dan Maklumat Crowdsourcing dari Foursquare.

Sejak dilancarkan pada bulan Mac 2016, Destination Melaka dengan izin telah memberikan kemudahan kepada para pelancong untuk menikmati pengalaman melancong di Melaka dengan lebih berharga dan selesa. Ianya amat mudah digunakan dan semua maklumat mengenai pelancongan Melaka boleh diperolehi hanya di hujung jari. Pengguna dari seluruh dunia boleh muat turun aplikasi mudah alih ini secara percuma melalui Play Store (Android) dan Apps Store (Apple).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tourism Melaka di talian 06-2328402
atau lawati Blog Tourism Melaka

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: