September 25, 2022

Melaka MITS Matta Fair 2014

Flyers_mits_2014-01

Flyers_mits_2014-02

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan MATTA Melaka Chapter akan menganjurkan pameran Melaka MITS MATTA Fair 2014 pada 22 hingga 24 Ogos 2014 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Acara yang akan berlangsung pada tahun ini adalah siri yang kesepuluh dan mensasarkan jumlah ruang pameran sebanyak 150 lot dan penyertaan 10 negara terutamanya dari Rantau Asia. Ia merupakan usaha Kerajaan Negeri Melaka dalam meningkatkan kesedaran dan budaya melancong khususnya di pasaran domestik kerana program ini juga menjadi pemangkin dalam usaha mewujudkan minat melancong di kalangan masyarakat.

Program ini bakal menghimpunkan pelbagai badan-badan kerajaan dan swasta yang terlibat secara khusus dalam bidang pelancongan, para pengusaha hotel dan pelbagai agensi pelancongan lain sama ada dari dalam dan juga luar negara yang memainkan peranan penting dalam industri pelancongan. Selain bertujuan memasarkan pakej-pakej pelancongan, program ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan mendapatkan pakej-pelancongan dengan harga diskaun.

Sempena program ini, pelbagai acara persembahan kebudayaan daripada negeri-negeri akan turut diadakan sepanjang program ini. Di antara negeri yang akan mengadakan persembahan adalah Labuan, Terengganu, Kelantan, Selangor dan sebagainya. Majlis Perasmian Melaka MITS Matta Fair 2014 ini akan diadakan pada 22 Ogos 2014, jam 3.00 petang di Pentas Utama, MITC. Majlis akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Malaysia. Jom datang beramai-ramai bagi mendapatkan pakej-pakej pelancongan yang menarik di samping bergembira dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka di talian 06-2328402.
Jumpa di sana.

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.