Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Melaka (Jan.-April 2014)

Prestasi Januari – April 2014

1. Bagi tempoh empat bulan pertama pada tahun 2014 ini, seramai 4,121,854 orang pelancong telah melawat Melaka berbanding 4,128,365 orang pada tempoh yang sama tahun 2013; mengalami penurunan sebanyak 6,511 orang atau 0.2%. Pengurangan ini disebabkan oleh penurunan kedatangan pelancong asing ke Melaka iaitu seramai 136,762 orang atau 10.3%. Walaubagaimanapun, kedatangan pelancong domestik meningkat berbanding pada tempoh yang sama tahun 2013 iaitu seramai 130,251 orang atau 4.7%.

2. Lima buah negara yang merupakan pasaran pelancong asing terbesar ialah China (258,905 orang atau 21.7%), diikuti Singapura (246,528 orang atau 20.6%), Indonesia (128,412 orang atau 10.7%), Taiwan (59,940 orang atau 5.0%), dan Jepun (40,896 orang atau 3.4%). China kekal sebagai pasaran terbesar bagi pelancong asing bagi tempoh tersebut.

3. Dari segi pecahan pelancong domestik yang mengunjungi Melaka, Johor terus mengungguli syer pelancong domestik dengan mencatatkan kedatangan pelancong seramai 315,567 orang atau 10.8%, diikuti dari Selangor seramai 397,549 orang atau 13.6%, Kuala Lumpur di tangga ketiga dengan jumlah pelancong seramai 336,955 orang atau 11.5%, Terengganu di tangga keempat dengan kedatangan pelancong seramai 187,173 orang atau 6.4% dan Negeri Sembilan di tangga kelima dengan kehadiran pelancong seramai 167,446 orang atau 5.7%.

Pelancongan Kesihatan

4. Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, dari segi pelancong kesihatan, pelancong domestik yang mendapatkan rawatan kesihatan di 3 buah hospital swasta utama di Melaka adalah seramai 143,646 orang atau 81.6% daripada jumlah keseluruhan pelancong kesihatan Negeri Melaka. Manakala bagi pelancong kesihatan asing pada tempoh tersebut adalah seramai 32,375 orang atau 18.4%. Penyumbang utama kehadiran pelancong kesihatan asing adalah dari Indonesia iaitu seramai 29,754 orang atau 91.9%.

Tempat Tarikan Utama Pelancong

5. Di Melaka, Melaka River Cruise menjadi tempat tarikan yang paling popular dengan mencatatkan kedatangan pengunjung tertinggi iaitu seramai 278,766 orang atau 16.8%, diikuti oleh Muzium-Muzium Negeri Melaka berjumlah 246,201 orang atau 14.8%, Memorial Kemerdekaan seramai 156,957 orang atau 9.4% dan Menara Taming Sari berjumlah 153,795 orang atau 9.2%. Pengunjung domestik terus mendominasi kedatangan di tempat-tempat tarikan ini iaitu seramai 1,313,985 orang atau 79.0% berbanding dengan pelancong asing iaitu berjumlah 348,881 orang atau 21.0%.

6. Secara tidak langsung, usaha Kerajaan Negeri dalam menambah lebih banyak tempat-tempat tarikan pelancongan di samping memeriahkan lagi Negeri Melaka dengan penganjuran pelbagai acara-acara pelancongan yang telah memberikan penambahan yang drastik kepada kedatangan pelancong ke negeri ini. Kita percaya dengan usaha yang berterusan dalam mempromosikan industri pelancongan ini, sudah pasti Negeri Melaka akan terus menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Sasaran Kerajaan Negeri Melaka untuk menarik 15 juta pelancong pada tahun ini akan dapat direalisasikan dengan usaha yang berterusan ini.

— asmaliana

Other Interesting posts:

9 thoughts on “Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Melaka (Jan.-April 2014)”

  1. Hi asmaliana. Saya dari bank tengah buat research. Boleh tahu dari mana Kak dapat statistic? Sebab saya nak guna tapi tak boleh guna blog Kak…

  2. Hi miss asmaliana, may i know how can i obtained the official statistic from year 2012-2014? any procedures to follow? kindly assist because i am doing a research on the tourist trend for Melaka.
    Any forecast number that Melaka State government targeted for the following 5 years? thanks

  3. hi miss asmaliana, appreciate if you can share with me the official number visitor to melaka from year 2011-2014. and also the forecast number from melaka government that targeted to achieve down to 5 years (2015-2020). i am doing some research for my thesis. Thanks

  4. Hi Sir, pls give me an email at aasmaliana@yahoo.com. I will give u the information that u need.
    Fyi, the Melaka state government forecast for the tourist arrivals are follows :
    2015 : 15 millions, 2016 : 16 millions, 2017 : 17 millions, 2018 : 18 millions, 2019 : 19 millions
    and 2020 : 20 millions. Thank you.

  5. Assalamualaikum asmaliana , saya sekarang tengah buat research tentang pelancongan di Melaka. boleh tak saya dapatkan data statistik kedatangan pelancong ke Melaka through email ? Please need some help :)

  6. Assalamualaikum asmaliana… boleh tak saya dapatkan data statistik pelancongan di melake pada tahun 2014 bermula januari sehingga desember…sy sedang jalankan psm sy mengenai pelancongan di melaka…bagaimana sy hendak contact cik asmaliana?

Leave a Reply