Trip yang menarik sekitar Feb seluruh dunia..

Sudah tentu sekarang ni adalah musim sejuk di negara-negara yang iklimnya bermusim. Jadi masa yang sesuai untuk bermain salji pada bulan Jan-Feb ini. Malaysia seperti biasa panas dan lembab sepanjang tahun. Tapi minggu ni nampaknya panas lebih terik kerana sudah agak lama tidak hujan. Terdapat tempat di Selangor yang bekalan air dicatu. Penghujung tahun lepas banjir besar melanda beberapa negeri terutama pantai timur. Bulan Februari 2014 ini pula beberapa tempat di Sabah / Sarawak juga menghadapi banjir.

Jom kita tengok aktiviti yang menarik di beberapa tempat di dunia sekitar bulan Februari.

quebec
1) Québec Winter Carnival
-Berlangsung dari Januari, karnival ini merupakan antara karnival musim sejuk terbesar dunia dan konsep karnival ini terlah diadakan sejak tahun 1894 di Québec, Canada.

tanglung zigong
2) Festival Tanglung di Zigong Sichuan, Negara China
-Tanglung memang tidak asing lagi bagi negara kita, kerana perayaan bagi masyarakat di Cina di Malaysia juga disambut di peringkat nasional. Tetapi di Ziqong Sichuan, tanglung di sana amat meriah, pelbagai bentuk dan bersaiz gergasi. ianya juga dikenali sebagai Zigong International Dinosaur Lantern Festival.

satun kite
3) Festival layang-layang antarabangsa Satun.
-Satun di mana? Satun adalah tempat di negara jiran kita Thailand. Walaupun negara tersebut kerap bergolak sama ada keadaan politik dan puak pemisah di Selatan, Thailand negara yang digemari dan kerap dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Rakyat Thai memang terkenal dengan keramahan melayan pelancong asing di samping produk tempatan yang menarik dan pelbagai. Festival ini bukan sahaja terdapat pertandingan layang-layang tetapi pelbagai acara tradisi yang lain.

adelaide festival
4) Adelaide Festival 2014
-Australia merupakan antara negara kegemaran banyak orang untuk bercuti. Ini kerana kepelbagaian suasana benua itu yang unik. Festival Adelaide 2014 merupakan festival kesenian bertaraf dunia yang besar. Festival yang berusia 50 tahun ini menghimpunkan persembahan teater,konsert muzik,tarian dan lukisan.

korea sales
5)The Korea Grand Sale 2014
-Korea mempunyai peminat tersendiri di negara kita, terutamanya golangan muda dan pertengahan. Sudah tentu pengaruh K-Pop dan dimulakan dengan demam Winter Sonata. Penyanyi yang cute dan tempat-tempat yang indah seperti drama Korea menjadi tarikan untuk kesana. Pada bulan Januari hingga Februari adalah jualan mega di Korea terutama di Seoul. Terdapat diskaun khas sebanyak 10-50% untuk pelancong antarabangsa. Siapa yang tak suka shopping?

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: