December 15, 2019

Zoo Melaka mendapat kelahiran baru

Bulan ini Zoo Melaka mendapat kelahiran binatang baru iaitu seekor zirafah dan capybara sejak penswastaan pusat berkenaan, Januari lalu.Semua sudah tentu mengenali zirafah iaitu binatang berleher panjang tertinggi di daratan. Tapi apakah itu capybara? Capybara adalah sejenis haiwan daripada keluarga tikus.Dan dalam semua keluarga tikus inilah yang paling besar. Boleh dilihat di Zoo Melaka. Kedua-dua anak haiwan yang baru lahir ini adalah jantan dan terlah dipertontonkan kepada orang ramai.
capybara

Daripada Sinar Harian:

Capybara atau nama saintifiknya hydrochoerus hydrochaeris, lebih dikenali dari spesies tikus terbesar di dunia melahirkan seekor anak jantan pada 22 Oktober lalu.

Manakala, zirafah turut melahirkan anak jantan pada 23 November lalu sempena sambutan ke-50 tahun zoo berkenaan.

Pengarah zoo terbabit, Azman Ghazali berkata, anak zirafah berkenaan lahir kira-kira 1.30 petang, serentak semasa majlis perasmian sambutan ulang tahun berkenaan.

Berkenaan Sambutan pengunjung:

Sementara itu, katanya, sejak penswastaan zoo berkenaan menerusi Konsortium KKW Sdn Bhd, tidak kurang daripada 3,000 orang datang mengunjungi zoo berkenaan setiap hujung minggu yang menempatkan 900 binatang dari pelbagai spesies.

Tambah Azman, pihaknya akan terus menaik taraf zoo berkenaan dengan membina lebih banyak kandang yang lebih sesuai dengan habitat haiwan.

“Selain itu, kita akan meningkatkan kemudahan pengunjung secara berfasa dan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik,” katanya.

Tiket di Zoo Melaka :

zirafahzoo melaka ticket

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.