August 13, 2020

Negeri Pertama Guna Bus Elektrik

bas elektrik melaka 1

Ketua Menteri Sedang Mencuba Bas Elektrik pertama Melaka (Melaka Hari Ini)

Melaka sedang menguji bas elektrik dan akan menjadi negeri pertama menjadikan Electric bus yang mesra alam ini suatu realiti. Bercakap tentang elektrik sudah tentu tidak mengeluarkan asap, tidak mempunyai enjin yang bising, tidak perlu diesel. Sudah tentu penjimatan dan mengurangkan pencemaran menjadi agenda utama. Nampaknya kotaraya London juga baru saja mencubanya pada bulan ini dengan menjangkakan operasi lebih menyeluruh bas elektrik di kota London pada 2016.

Two electric buses have hit the streets of London as part of a trial to see if the technology is suitable for shorter routes around the capital.

The 12-metre single deck buses will service Victoria, Waterloo and London Bridge stations running on routes 507 and 521 from today.

According to Chinese manufacturer BYD Auto, the zero-emission buses should reduce running costs by about three quarters compared to a diesel bus and can travel up to 250km (155 miles) on a single four or five hour charge – sufficient to operate for a full day without the need to recharge.

Baca sepenuhnya di sini.

electric bus london

Walaupun teknologi motor elektrik ini sudah lama dipakai untuk kenderaan seperti motorsikal dan juga kereta. Tetapi penggunaannya untuk pengangkutan awam seperti bas belum begitu menyeluruh. Kebanyakkannya diguna di Negera China yang juga merupakan pengeluar utama bas elektrik ini. Jepun baru menggunakannya pada tahun 2012. Korea Selatan Juga Baru. Di Eropahh juga hanya terdapat beberapa Negara seperti Italy, Spain dan Finland. Sumber Wikipedia di sini.

dlm bas elektrik

Laporan dari Sinar Harian:

Melaka pertama guna bas elektrik
MARINA SAHABUDIN
17 Disember 2013

YER KEROH – Melaka akan menggunakan bas elektrik bagi perkhidmatan bas henti-henti di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd bermula bulan depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, pada masa ini syarikat berkenaan sedang melakukan kajian peringkat akhir bagi menentukan laluan paling sesuai serta kadar tambang berpatutan bagi perkhidmatan bas elektrik yang pertama kali diperkenalkan di negara ini.

“Setakat ini kita sedang menilai beberapa aspek teknikal dan kejuruteraan supaya bas ini dapat beroperasi dengan lancar.

“Sebelum digunakan sepenuhnya, kita akan menguji bas ini dan akan menghasilkan lebih banyak bas elektrik di negeri ini,” katanya selepas mencuba memandu bas BYD Elektrik Siri – 12m sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Naim Abu Bakar, Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn. Bhd., Mohd. Saleh Jusman, Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Zainal Hussin, Pengurus Kanan Serantau BYD Auto Industry Company Limited, Eagle Zhao dan Pengurus Bahagian Jualan AMDAC, Maj. (Rtd) Chan Chee Sin.

Idris yakin perkhidmatan bas elektrik dapat menjimatkan pelbagai kos antaranya penyelenggaraan dan bahan api yang sentiasa meningkat.

“Usaha syarikat AMDAC sangat bersesuaian dengan konsep Melaka sebagai bandar teknologi hijau, malah Jepun, Taiwan dan China sudah menggunakan kenderaan elektrik dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Jelasnya, bas tersebut merupakan satu-satunya bas elektrik pertama di Malaysia yang menggunakan bateri Iron Phosphate untuk bergerak.

“Bateri yang digunakan kalis api dan tidak akan meletup kerana dilengkapi dengan sistem pengurusan bateri (BMS) yang mengawal voltan dan suhu setiap sel secara individu setiap masa.

“Ia bergerak pada kelajuan maksimum 72 kilometer sejam dan hanya memerlukan lima jam untuk dicas serta mampu bergerak sejauh 300 kilometer dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang diiktiraf negara Eropah,” katanya.

Bas ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi Elektronik Kawalan Penggantungan Udara (ECAS).

Ia turut dilengkapi kamera lita tertutup (CCTV) dan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU) bagi kera lita tertutup (CCTV) dan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU) bagi keselamatan dan keselesaan penumpang.

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.