August 15, 2020

Pelancongan penyumbang terbesar KDNK Negeri

Melaka unesco2

Visi pelancongan Malaysia adalah untuk menjadikan sebuah negara pelancongan yang terunggul di dunia. Usaha yang dilaksanakan adalah selaras dengan Dasar Pelancongan Negara untuk menjadikan industri pelancongan negara sebagai sebuah sektor utama, mampan, berdaya maju dan berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan sosio ekonomi negara. Dimana-mana negara yang aman dan stabil mereka sedar untuk memajukan industri ini kerana ianya boleh menyumbang kepada ekonomi secara terus kepada awam.

Bagi negeri Melaka visi ini turut disokong dengan tema Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO dan Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia sebagai inspirasi kepada Negeri Melaka untuk memacu pembangunan industri pelancongan . Sebagai tarikan dan impak yang berkekalan, Kerajaan Negeri Melaka terus membina dan mengekalkan imej serta jenamanya sebagai sebuah negeri yang “Bersih, Indah, Berwarna-Warni dan Bercahaya, Syurga Makan Sedap dan Enak, serta Syurga Membeli-Belah”.

20130613_110759

Industri pelancongan terus menjadi penyumbang terbesar kepada perkembangan KDNK Negeri Melaka. Pada tahun 2011, sektor perkhidmatan telah menyumbang sebanyak 46.59% kepada KDNK Negeri dengan nilai output RM7.512 billion. Ini menunjukkan industri perkhidmatan termasuklah sektor pelancongan merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan KDNK Negeri Melaka.

Menyedari kepentingan industri pelancongan kepada ekonomi Negeri Melaka, pelbagai usaha dan strategi dilakukan hasilnya 12.5 juta pelancong datang ke Melaka pada tahun 2012. Visi pelancongan untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Rantau Asia bukan suatu yang mustahil lagi.

20130613_112655(0)

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.