December 10, 2019

VMY 2014, Flashback Pencapaian Industri Pelancongan Melaka yang lepas…

Melaka unesco3
Wah, rasa sekejap sahaja kita akan memasuki tahun baru 2014 lebih kurang 10 hari lagi. 2013 boleh dikatakan permulaan untuk perancangan tahun-tahun yang akan datang oleh kerana ada beberapa perubahan kepimpinan yang utama. Sudah tentu 2014 adalah tahun untuk bekerja yang mengujakan! Pencapaian masa lalu boleh dijadikan panduan penanda aras dan juga pelajaran :-).Mari kita lihat antara beberapa pencapaian penting industri. Melaka pernah tersenarai sebagai sebuah destinasi pelancongan yang perlu dilawati pada tahun 2012 di dalam akhbar The New York Times. Melaka menduduki tangga ke-28 daripada 45 buah destinasi pelancongan yang terpilih di serata dunia. Selain itu, Melaka juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa daripada laman web pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Tripadvisor.com. Melalui laman web tersebut, 4 buah hotel di Melaka telah tersenarai berdasarkan kepada kategori seperti berikut:-

i) Top 25 Trendies Hotel – The Majestic Hotel;
ii) Top 25 Bargain Hotel – Courtyard @ Hereen Boutique Hotel;
iii) Top 25 B&Bs and Inns – Cafe’ 1511; dan
iv) Top 25 Luxury Hotels & Top 20 Hotels for Service – Hotel Jonker Boutique.

Negeri Melaka terus mencatatkan kecemerlangannya dalam industri pelancongan negara melalui pengikhtirafan Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 / 2011 dengan memenangi 4 kategori seperti berikut:-

i) Innovative Tourist Attaraction Man-Made Attraction / National Culture Heritage Identity Excellent –
Melaka River Cruise;
ii) Best Hotel Service 4 Star Hotel (City) Malaysia – Hotel Holiday Inn Melaka;
iii) Best Tour Programme (Merit) – Sleepover @ Museum (Perbadanan Muzium Melaka & Hotel Naza Talyya Melaka);
dan
iv) Best Tourist Guide (Excellence) – Tn. Hj. Shaukani Bin Abbas.

Maka untuk menuju tahun-tahun kehadapan dan mengekalkan daya saing dalam industri ini, sektor pelancongan perlu terus menyediakan perkhidmatan pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti yang digariskan oleh World Tourism Organization (WTO). Di dalam Tourism International Standards, WTO ini, ia lebih memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan pelancongan yang bertaraf dunia dan mempunyai nilai pelancongan yang global….
Melaka Unesco4 copy

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.