December 10, 2019

Kenikmatan Air Jando Pulang

Nampaknya kita perlu pergi ke Kuala Pilah sendiri untuk merasai Air Jando Pulang yang jarang-jarang kita dengar tetapi amat popular dan banyak penggemarnya. Dengar cerita air ini adalah Campuran Air Kelapa Muda, gula enau dan juga buah kabung. Wah pada bulan puasa ini dengar saja campuran air ini sudah membayangkan minuman yang menyegarkan. Walaupun bahan pembuatannya nampak mudah, apa yang membuatkan ianya eksotik adalah susah untuk didapati ditempat lain selain di Negeri Sembilan.

gula enau

Gula enau asli digunakan sudah tentu rasa dan aroma yang special!

Seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Yahoo News:

NIKMAT AIR JANDO PULANG DI KUALA PILAH
Bernama MediaBernama Media – Thu, Jun 20, 2013

KUALA PILAH, 20 Jun (Bernama) — Nama “jando” atau janda pada minuman ini menimbulkan seribu persoalan terutama bagi mereka yang tidak pernah mendengar dan mengetahuinya. Semakin popular di sekitar daerah ini, “Air Jando Pulang” menjadi tarikan ramai termasuk dari luar untuk merasai kenikmatan bagi menghilang dahaga. Sepanjang jalan dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah, promosi mengenainya di papan-papan tanda memanggil-manggil orang ramai yang lalu di situ untuk mencubanya.

Pemilihan nama janda pulang itu turut menjadi persoalan sama ada benarkah ramai golongan janda di Negeri Sembilan?

DIANGKAT MENJADI MINUMAN TRADISI

Air Jando Pulang telah diangkat menjadi minuman tradisi Negeri Sembilan dan boleh didapati di pasaran terutama di pekan Kuala Pilah. Di tempat lain di Negeri Sembilan, ia popular menjadi minuman kegemaran pada musim bulan puasa dan perayaan anjuran kerajaan negeri. Itupun jika pihak yangberkenaan faham apa yang dikatakan Air Jando Pulang.Menjual Air Jando Pulang tanpa memahami sejarah dan kebaikan meminum air berkenaan menjadikan air ini sama seperti air lain dan tiada keunikannya. Namun apa istimewanya hingga air ini diangkat menjadi minuman tradisi negeri?.

Menurut pengkaji sejarah Negeri Sembilan, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, kajian mendalam harus dilakukan pada air itu terutama dari segi sejarah dan kebaikannya untuk kesihatan..Jika dapat dilakukan ia akan menjadi tarikan untuk diminum oleh orang ramai dan jika tidak, ia akan menjadi air sekadar untuk orang mencubanya kerana ingin tahu kenapa ada kaitan dengan Jando dan kemudian Pulang, katanya.

“Jika ada kajian mendalam sudah dibuat maka ia boleh menjadi pulangan ekonomi yang lumayan terutama kepada peniaga kecil dan restoran. Ia juga boleh menambah pendapatan orang kampung,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Read more here.

air jando pulang

Gambar daripada review oleh princessdiyummynotes here.

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.