Bubur Lambuk and Bazaar along Jalan Hang Tuah

Bazaar Ramadhan Mega di Jalan Hang Tuah telah pun bermula sejak 9 Julai yang lalu. Semalam pula telah diadakan majlis pengedaran bubur lambuk yang telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Suatu ketika dahulu pada musim perayaan, kawasan jalan Hang Tuah sememangnya menjadi tumpuan kerana terdapat banyak peniaga Melayu disitu tambahan pula disitu terletaknya Stesen Bas henti-henti, bas ekspress dan teksi.

Bagaimanapun pembangunan kawasan perniagaan di kawasan lain dan pembukaan Melaka Sentral mungkin menyebabkan tumpuan di situ semakin berkurangan.

Tetapi sekarang kita ada mempunyai beberapa sebab untuk melawati sekitar Jalan Hang Tuah seperti UTC dan Bazaar Ramadhan Mega. Antara tumpuan lain seperti Plaza Hang Tuah, Wima Air, Pizza Hut, Soon Seng Plaza, UiTM Kampus Bandar dan UTeM Kampus Bandar

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: