5.5.2013

pilihanraya
Nampaknya semua orang dah tau tarikh yang ditunggu-tunggu. Daripada tahun lepas macam-macam spekulasi yang timbul. Ada beberapa kawan-kawan yang begitu yakin dengan tarikh pilihanraya…sekali berapa banyak esok dan minggu depan akhir dah confirm. Tahun ini saya bertugas di pusat mengundi bermakna pengalaman pertama tidak mengundi seperti biasa-undi khas/pos. Kepada rakan-rakan yang juga kena bertugas, selamat menjalankan tanggungjawab besar ini.

Sewaktu zaman sekolah dulu tak pernah terpikir yang mengundi ini begitu penting untuk masa depan Negara. Yang penting bila hari mengundi suasana yang meriah di kampung dan bandar kadang-kadang menyeronokkan pada waktu itu. Langsung tak fikir pasal ahli Parlimen dan siapa yang bakal memerintah Kerajaan Negeri. Pun tak tahu kenapa kena undi dua orang dalam satu kertas agaknya.

Sekarang pemerintahan Negara sedang berlaku secara automatik apabila kerajaan di bubar. Pegawai-pegawai kerajaan sedang mentadbir sekarang ini dari peringkat pusat ke negeri. Tapi tak lama, lepas 5 hb Kerajaan akan dibentuk semula. Jadi jangan lupa keluar mengundi, undi itu rahsia…walau kita berlainan fahaman kawan tetap kawan lah :-)

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: