September 30, 2020

Melaka adalah salah satu perhentian Star Cruise

800px-SuperStar_Virgo_at_Phuket

Baru-baru ini kami berpeluang melihat secara dekat dan menaiki Kapal Mewah Star Cruise Virgo yang berlabuh di perairan Negeri Melaka. Pelancong daripda kapal Mewah ini juga telah disambut dengan persembahan daripada Briged Seni dan mereka semua di bawa untuk Melawat Sekitar bandar Melaka.

Sebenarnya antara destinasi perhentian Star Cruise ini untuk Malaysia adalah

-Kuala Lumpur (Port Klang)
-Langkawi Island
-Malacca
-Penang
-Redang Island

Dijangka mereka akan berlabuh di Melaka 2 minggu sekali selepas ini dengan kapasiti 1200 penumpang setiap pelayaran. Sudah tentu ini akan menambah angka kedatangan pelancong ke Melaka. Kapal Star Cruise ini sangat besar dan memuatkan 935 kabin,11 jenis restoran (Virgo ada satu halal),Panggung Teater,Gimnasium, Trek Sukan,Kolam mandi dan pelbagai taman tema untuk keluarga.

Persinggahan Kapal Star Cruise Lonjak Industri Pelancongan Melaka
MELAKA, 4 April (Bernama) — Industri pelancongan di negeri Melaka dijangka akan terus melonjak dengan pengenalan pakej pelancongan belayar kapal Star Cruise ke negeri warisan dunia itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Latiff Tamby Chik berkata persinggahan kapal yang bermula Khamis sehingga April tahun depan itu dijangka mampu menyumbang pendapatan pelancongan melebihi RM1 juta sebulan kepada Melaka.

“Star Cruise dijangka berlabuh di Perairan Selat Melaka dua minggu sekali dengan 1,200 penumpang pada setiap pelayaran,” katanya kepada pemberita di sini selepas menyambut kedatangan 1,200 penumpang SuperStar Virgo Cruise Liner dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan India.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Star Cruise William Ng.

Beliau berkata setiap penumpang kapal itu dianggar membelanjakan RM500 sepanjang lapan jam berada di Melaka.

Latiff berkata pakej pelancongan itu merupakan inisiatif Kerajaan Melaka dengan kerjasama Star Cruise dan The Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) bertujuan mengembang dan memajukan industri pelancongan di negeri itu.

Beliau berkata melalui usaha itu juga sasaran kedatangan 14.5 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini dijangka mampu dicapai selain membantu agensi pelancongan di negeri tersebut dengan penyediaan 30 bas pelancongan untuk membawa pelancong ke destinasi yang ditetapkan.

Sementara itu, Ng berkata SuperStar Virgo Cruise Liner mula belayar dari Singapura ke Melaka pada Rabu sebelum berlabuh di Perairan Selat Melaka di sini pada 8 pagi tadi dan dijangka belayar pulang ke Singapura pada 6 petang ini.

Beliau berkata melalui pakej tersebut pelancong ditawarkan lima kawasan pelancongan untuk dilawati termasuk Jonker Walk.

Katanya pihaknya akan mempertimbangkan untuk menambah pakej bermalam selama sehari di Melaka sekiranya mendapat permintaan daripada pelanggan

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.