Usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk mengindahkan landskap dan kawasan pejalan kaki sesungguhnya memang memanfaatkan semua pihak, bukan sahaja pelancong tetapi kawasan perniagaan di kawasan tebing sungai. Sudah tentu pemilik bangunan sepanjang Sungai Melaka beruntung kerana dengan landskap indah dan pemandangan Sungai Melaka yang klasik dan bersejarah, pemilik boleh menggubah sebagai contoh bahagian belakang yang menghadap sungai Melaka lebih berfungsi. Sudah tentunya tempat melepak yang melalaikan.
Sebagai contoh Malaccafe yang juga tersenarai dekat-dekat 5 bintang dekat TripAdvisor. Kakitangan yang ramah tamah, ruangan lepak dan makan yang selesa serta pilihan makanan Western, Italian dan Malaysia. Ada Pizza, coconut shake pun ada….Suasana yang bersih dan kedudukan di tebing sungai Melaka memang menggamit pelancong…FB Malaccafe – https://www.facebook.com/malaccafe
Malaccafe
2, Jalan Laksamana | Bandar Hilir, Melaka 75100, Malaysia