Tourism Malaysia Bike Ride Packages

Siapa sudah lama tak naik basikal atau memiliki sebuah basikal? 10 tahun lepas? 5 tahun lepas? Sejak habis sekolah?. Jangan tak tahu basikal sekarang semua dah pakai disc brake. Suspension kat depan dah macam standard dalam basikal. Kita dapat lihat semakin ramai penunggang basikal sekarang lebih mengutamakan keselamatan. Mereka mengayuh basikal bersama aksesori lengkap seperti helmet, baju memantaulkan cahaya, lampu kelip dan botol air.

Sudah tentu menunggang basikal adalah aktiviti yang sesuai untuk menjelajah dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara terperinci dan alamiah berbanding kenderaan berbumbung seperti bas pelancong, shuttle van atau teksi. Sungguhpun penat tetapi bagus untuk membakar kalori berlebihan dan stamina.

Untuk itu Tourism Malaysia menggalakkan akitviti berbasikal ini melalui Cuti-Cuti Malaysia Bike Ride Cycling Packages. Package ini ada si setiap negeri dan dilaksanakan oleh travel agent / agen kembara tempatan yang bertauliah. Package yang boleh didapati biasanya ada 2 seperti eco-bike yang lebih lasak atau fun ride di dalam bandar.

Di Melaka antara agen kembara yang ada pakej berbasikal ini adalah seperti:

1)G.L Leisure Travel and Touris Sdn. Bhd. (06-3122155)
2)SSK Tours dan Car Rental Sdn. Bhd.(06-38447721)
3)JL Travel and Tours Sdn. Bhd. (012-6144482)
4)LMN Travel and Tours Sdn. Bhd. (06-2860398)

Atau hubungi pejabat Tourism Malaysia berdekatan…

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: