April 18, 2021

MATTA – Million RM Industry…

Berpusu-pusu di Pintu Masuk Pameran MATTA

Industri pelancongan kini terbukti sebagai perniagaan perkhidmatan yang mampu menjana pulangan besar dan lumayan. Ianya adalah industri yang meriangkan, ‘people based’ dan mempunyai rantaian yang besar seluruh dunia. Mereka yang melibatkan diri dalam Industri ini bukan sahaja terlibat dengan orang ramai yakni pelanggan, tetapi juga berhubung dengan pentadbir negara, pasukan keselamatan, badan bukan kerajaan dan penyedia perkhidmatan yang lain.

Ini kerana suasana yang aman,selamat dan akses kemudahan asas yang mudah adalah penting dalam Industri ini. Lihat sahaja sambutan orang ramai pada MATTA 2013 yang berlangsung semalam – traffic jam,parking sentiasa penuh dan orang berpusu-pusu dari hari pertama hingga hari ketiga. Boleh lihat perbezaannya dengan pameran yang lain seperti PC fair.

Suasana di dalam Dewan PWTC MATTA fair
Seperti yang ditulis dalam akhbar MSTAR, MATTA Sasar Jualan RM90 Juta Mac 2013. Rendah sedikit daripada perolehan 2012 iaitu RM120 juta. Ini katanya kerana beberapa faktor seperti pilihanraya. Tetapi mengikut pengamatan saya pada sesi MATTA yang baru berlangsung, agen banyak mengemukakan pakej baru,menarik, berpatutan dengan tawaran tambahan yang begitu mengujakan orang-ramai. Itu belum lagi tawaran antarabangsa yang sangan kompetetif dari pelbagai syarikat penerbangan,jualan terus dari pengusaha taman tema terkenal dan tawaran online. Saya menjangkakan tentu jualannya lebih dari sasaran.

Prospek cerah dalam industri pelancongan ini seharusnya diambil peluang oleh usahawan muda dan bumiputera terutamanya di Melaka untuk menceburi bidang ini kerana banyak lagi produk yang boleh dipakejkan di Melaka. Lebih 10 juta pelancong Melawat Melaka tahun lepas. Nah…usahawan di negeri ini seharusnya memikirkan peluang ini….

Booth tourism Melaka

Kidzania half price

Booth Resort World yang mewah..

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.