Melaka Batik House

MBH 2

Pada tahun 2008 Noor Arfa telah melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah Pusat Pelancongan baru berdasarkan kraf di Melaka. Proses pembinaanya memakan masa setahun dan gedung ini diberi nama Melaka Batik House. Melaka Batik House mula beroperasi pada Mei 2009, perasmian telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 11 Jun 2009. Melaka Batik House atau dikenali dengan MBH merupakan sebuah pusat jualan yang menempatkan produk-produk batik keluaran Noor Arfa Dan juga pengusaha-pengusaha batik di Malaysia. MBH terletak di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh Dan mengambil masa 15 minit memandu dari Bandar Melaka. MBH menyediakan tempat yang luas untuk kemudahan pengunjung Dan menyediakan tempat letak kenderaan secara percuma dan ruang demonstrasi batik lukis, batik terap, pembuatan blok terap dan tenunan songket. Pengunjung dapat melihat sendiri seni pembuatan batik lukis/tangan Dan seni kraf lain.

Selain menjual produk batik, MBH telah mempelbagaikan lagi produk di dalam galeri jualan dengan menjalin kerjasama dengan usahawan-usahawan kecil.
Ia juga merupakan pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan, maka MBH mengambil inisiatif ini untuk memasarkan produk usahawan di galeri jualan MBH di bawah satu bumbung. Juga menyediakan perkhidmatan pembelian secara pukal atau borong kepada pemborong.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

MELAKA BATIK HOUSE,
PT 15251,
Melaka International Trade Centre,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-232 3900
Fax: 06-232 3701
Email : mbh@noor-arfa.com.my
Blog :http://www.melakabatikhouse.blogspot.com
Website : http://www.noor-arfa.com.my/
FB: melakabatikhouse

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: