November 12, 2019

Jalan Kampung Jawa…

lorang jawa

Sewaktu kami kecil, antara tempat yang selalu dikunjungi bagi membeli barang keperluan dan pakaian adalah Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Jawa. Terletak juga di sepanjang Sungai Melaka. Tetapi dulu Sungai Melaka bukanlah tumpuan kerana Sungai Melaka sewaktu itu tidaklah semeriah hari ini. Hari ini Sungai Melaka telah terkenal, suasana pun menarik dengan bangunan kiri kanan dilukis cantik dan river cruise membelahnya di tengah.


View Larger Map

kedai terompah buatan tangan

Sebenarnya tiada Jalan Kampung Jawa dalam google maps. Kalau kita search juga, hasil akan pergi ke Alor Gajah. Jadi kita sebut Kampung Jawa saja. Kampung Jawa dihimpit oleh Jalan Bunga Raya, Jalan Jawa dan Jalan Kee Ann. Kalau dulu orang Melaka akan membeli belah sewaktu bulan puasa untuk keperluan raya, barangan sekolah, pinggan mangkuk dan barangan orang nak berkahwin. Sekarang barangan keperluan seperti itu boleh dapat di pelabagai tempat lain seperti Mydin, Tesco atau Kota Fesyen. Dulu ramai orang ke sana naik bas jadi isu parking taklah berapa besar.

Sekarang kalau kita ke sana, kawasan kedai dan jalan lebih kurang sama seperti 25 tahun yang lalu. Orang sekarang pulak semuanya berkenderaan, maka masalah parking dan laluan yang sempit tentu ada. Sesuai untuk berjalan kaki, mungkin kedai-kedai yang ada tidak semeriah dulu dan ada yang dah tiada, tetapi masih boleh mencari barangan yang diperkatakan. Jalan-jalan mengimbau nostalgia. Lepas tu makan sate campur, rojak dan cendol ditepi sungai. Gerai tu selalunya penuh dan dengar cerita Syarikat Berjaya pun dah nak pindah….

sate campur

sentiasa peuh

surau kg jawa

Syarikat Berjaya

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.