August 15, 2020

Rumah Melaka

Di Malaysia, antara rumah Melayu yang terkenal dengan senibina kayunya adalah Rumah Melaka. Selain bumbung limas,aturan ruang, berandah dan kerawang, tangga batu dan dekorasi mar-mar adalah unik untuk Rumah Melaka. Rumah contoh adalah Rumah Penghulu Abdul Ghani di Merlimau.
penghulu abdul ghani

Tetapi di Bukit Katil, Rumah Melaka yang dimaksudkan adalah yang baru dibina dan berskala besar mengambil konsep Rumah Melayu Melaka. Projek dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Tujuannya adalah sebagai Pusat Promosi Perabot dan Pusat Perkayuan Negeri Melaka.

rumah melaka

kafe rumah melaka

Jadi jika Melalui lebuh Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka bolehlah melencong sekejap daripada trafik light ke arah Jasin / Gapam (ke kiri, kalau ke kanan ke MITC dan terus ke Bandar Melaka). Jalan Terus jumpa bulatan Air Pancut Pusat Pentadbiran Kerajaan Seri Negeri, terus hingga ke trafik light belok ke Kanan. Terus hingga jumpa trafik light simpang empat kedua dan Rumah Melaka berada di Sebelah Kanan kira-kira 300m dari Simpang.

Ada Pameran Kayu-kayan, perabut / hiasan dalaman, kafeteria lengkap dengan kemudahan bilik mesyuarat, tandan dan surau…

Rumah Melaka
Lot 233 & 234, Jalan Tun Kudu
Bukit Katil 75450, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Tel : 06 – 232 7941
Fax : 06 – 232 7495

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.