Bagaimana mendapatkan best rate untuk Hotel…

hotel booking

Di hujung cuti persekolahan ini ada juga yang masih ingin untuk membawa keluarga dan anak-anak untuk bercuti. Maklumlah hanya yang mendapat cuti panjang adalah anak-anak. Ibu bapa pula tertakluk kepada kerja dan pihak pengurusan yang meluluskan cuti. Paling lama pun mungkin dapat seminggu. Kecualilah jika profesionnya adalah guru.Bila bercuti lebih dari satu hari, isunya disini adalah bilik hotel. Dalam memilih bilik hotel, kita mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan semua kemudahan hotel, hanya untuk tidur sahaja atau kita tidak mempunyai pilihan lagi apabila kebanyakkan hotel sudah penuh.

agoda
Cara yang paling mudah untuk pada masa sekarang adalah dengan membuat tempahan secara online. Terdapat pelbagai penyedia ‘online hotel booking’ pada masa ini yang memudahkan pencarian hotel anda. Didalam kereta menuju destinasi pun masih sempat untuk membuat tempahan. Sebenarnya melalui online booking website seperti Agoda,expedia dan asiarooms, kita boleh mendapat harga yang lebih murah berbanding walk-in terus atau harga yang terpapar di website hotel. Jangan terperanjat jika anda boleh mendapat 30-40% lebih murah. Bagaimana boleh menjadi begitu? Mungkin kerana online booking website ini mendapat harga ejen dan mereka mendapatkannya secara pukal. Mereka juga adalah agensi yang besar diamana tempahan dari serata dunia.

Tambahan pula online hotel booking ini ada perisian untuk smartphone anda sama ada Iphone atau Android.

Harga hotel boleh berubah mengikut musim dan bilik yang ada. Di musim cuti sekolah dan hujung minggu adalah sukar untuk mendapatkan hotel yang dihajati contohnya di Melaka. Pada masa ini harga hotel di Kuala Lumpur boleh menjadi lebih murah di Kuala Lumpur berbanding di Melaka kerana masih banyak bilik kosong di Kuala Lumpur. Jika anda tahu dikawasan yang hendak dituju ada berlangsung acara seperti seminar seperti perhimpunan agong parti politik, pameran automotif antarabangsa atau perlumbaan, harga hotel akan melambung tinggi. Maka anda boleh menuju ke tempat yang jauh sedikit daripada kawasan itu untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

Di kawasan yang mempunyai banyak bilik hotel, harga masih boleh dirunding, anda boleh call terus kepada hotel untuk bertanyakan harga. Jika mereka bersedia berunding ketika anda berkata mahu berfikir dahulu ia adalah petanda yang baik untuk mendapatkan harga yang lebih murah berbanding diiklankan. Runding jika mereka boleh memberikan anda harga lebih baik dari pertama jika anda mahu lebih dari satu malam. Jika mereka bersetuju untuk menurunkan lagi harga jika anda mahu 2 malam maka mungkin itulah hotel yang anda cari….

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: