August 13, 2020

Your husband favorite shopping complex…

shppingmen

Pada kebiasaannya jika di Kuala Lumpur, tempat yang boleh dikatakan favourite untuk orang awam terutamanya kaum wanita adalah Jalan TAR atau SOGO. Boleh dilihat deretan orang tawar menawar dan parking yang tak cukup-cukup. Samalah juga bila ada JCard sales, orang akan berpusu-pusu ke sana seperti tiada pasaraya lain yang berdekatan. Tetapi adakah lelaki juga begitu? Kebiasaanya lelaki tidak hairan dengan jualan-jualan murah atau mega ini kerana pembelian mereka lebih terancang, fokus, pantas, brand loyalty dan keperluan.

womenshopping

Berbanding dengan wanita yang mana terdapat barangan yang sama tetapi pelbagai warna, fesyen, corak, bentuk dan harga yang boleh tahan sehinggakan mereka boleh membeli kasut pada setiap bulan berbanding lelaki yang mungkin 2 tahun sekali. Tetapi kita boleh lihat dimanakan lelaki akan kerap pergi dari setiap tahun untuk membeli atau window shopping / survey barangan mereka.

lowyat event

Sebagai contoh suami saya suka ke Low Yat sejak dari kolej hingga sekarang pada setiap tahun. Maka jelas sekali Low Yat Plaza adalah shopping complex kegemarannya. Memang Low Yat adalah tumpuan bagi penggemar barangan ict, dan juga smartphone. Walaupun PC Fair kerap dijalankan disetiap Negeri, tetapi pilihan adalah lebih banyak dan boleh tawar menawar. Pada minggu lepas terdapat smartphone dan tablet yang ditunggu ramai. Iphone 5 dan Ipad Mini telah pun ada. Salah satu kedai di sana menjual Iphone 5 dan menawarkan harga RM24++. Kedai di Sungei Wang Plaza menawarkan harga RM26++. Terdapat tablet Android serendah RM150. Bagi yang mencari laptop baru tentu Windows 8 dengan skrin sentuh ala-ala CSI antara pilihan..

invaded with samsung

Tetapi tidak seperti 2 tahun lepas, bahagian mobile phone di aras 1 penuh dgn lambakan model dari Samsung. Deretan handphone Samsung ini menyebabkan aras itu agak membosankan apabila melihat jenama dan model yang sama dari satu kedai ke satu kedai. Tambahan lagi Samsung menawarkan handphone untuk semua linkungan harga daripada serendah RM100 dan yang paling premium iaitu Galaxy Note II atau S3. Tektik ini boleh menyebabkan pengguna rambang mata,dan hanya memilih model Samsung berlainan jenis sedangkan ada banyak jenama lain yang ada spesifikasi yang baik. Saya tidak menjumpai jenama seperti Huawei, ZTE, CSLdan Padphone. Ada 1-2 kedai untuk HTC, sedikit Nokia,sedikit Ninetology dan mungkin ada 1 kedai jual jenama LG dengan model terkebelakang.

Esok 14-16 December ada pc fair di MITC, tempat favorite untuk kebanyakkan orang survey barangan ICT, dan sekarang Smartphone….

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.