sultan johor

Muar sebagai bandar Diraja…

Orang Melaka memang biasa dengan Bandar Muar. Semasa sekolah saya memang selalu ke Muar dengan rakan-rakan ketika hujung minggu di Tanjung Emas atau pasaraya seperti Astaka dan Wetex Parade. Mee Bandung Muo adalah sinonim dengan Muar. Yang paling istimewa sudah tentunya Sungai Muo dengan Muara nya yang terbentang luas. Bila melintasi jambatan ke Bandar Muar sudah tentu pemandangan ini sentiasa di nanti.

Sepanjang minggu ini sampai esok, Muar amat meriah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor yang mengimbau adat istiadat lama Kesultanan Johor. Kesultanan Johor memang popular kerana aktiviti yang dilakukan bersama rakyat Johor, aktiviti ketenteraan yang istimewa dan aktiviti bermotor yang tiada pada negeri lain. Ramai yang ingin melihat Polis pengiring yang menggunakan Harley Davidson dan Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor yang mengawal keluarga Kesultanan Johor.

Polis Pengiring Khas Diraja Johor dengan Harley Davidson dan Askar Timbalan Setia, pic dari khairulazwasyafiq blog.

Minggu ini, Hotel di Muar penuh dan hotel di Melaka juga sememangnya penuh tambahan pula musim cuti sekolah. Selepas ini sudah tentu Bandar Maharani akan menjadi destinasi menarik tertutamanya bagi yang ingin mengenali Istiadat Kesultanan Johor..
Baca Hari Keputeraan Sultan Johor imbau istiadat Kesultanan Johor dan Sultan Johor mahu Bandar Diraja miliki identiti sendiri.

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply