Water theme park yang meriangkan, bagaimana dengan pantai?

Berita di TV3 malam tadi melaporkan sambutan hebat di Waterworld@i-city. Mereka beroperasi pada tahap kapasiti maksimum semalam sempena cuti umum iaitu 5000 pelawat. Waterworld@i-city terletak di i-city yang terkenal di Shah Alam. Siapa yang tidak tahu i-city dengan taman lampu LED yang pertama seumpamanya di Malaysia itu. Melihat berita malam tadi tntu Tornado Ride yang hebat itu menjadi daya tarikan kepada semua. Dengan corong setinggi 7 tingkat dan 160 kaki terowong air curam. Seperti yang diberitahu tiket untuk dewasa adalah RM50 dan RM30 untuk kanak-kanak. Dibuka dari 10 am to 7 pm pada weekdays dan dari 9 am to 7 pm semasa weekends/ public atau cuti sekolah. Lagi berita disini.

Sekarang rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan untuk bermain air di taman tema. Jika awal-awal dulu Sunway Lagoon memang pilihan utama, tetapi sekarang boleh dikatakan setiap Negeri di Malaysia ada taman tema air yang bersekala besar. Sewaktu ketika dahulu dalam tahun-tahun 80an ke 90an, jika cuti hujung minggu atau sekolah pantai Seperti Port Dickson amat penuh dengan pengunjung di pasir juga di dalam air. Menjadi tumpuan seisi keluarga dan muda-mudi bercinta. Sehinggakan kita terpaksa mencari tempat yang kosong untuk meletakkan tikar kerana setiap kawasan pantai telah ada orang yang ‘book’.

Tetapi sekarang pantai semakin kurang digemari kerana beberapa faktor. Muda-mudi bercinta mungkin masih pergi ke pantai tetapi mereka tidak pula mandi-manda. Pantai yang semakin kotor pada pandangan mereka menjadi salah satu faktor. Kerajaan perlu terus membangunkan prasarana pantai supaya orang-ramai terus pergi ke pantai. Kita juga perlu menanam minat kepada kanak-kanak yang pantai perlu dijaga untuk kepentingan sejagat dan alam sekitar.

Sebenarnya mandi di pantai juga bagus kerana air laut tidak mengandungi klorin dan segala kotoran yang daripada manusia adalah dibersihkan secara semulajadi oleh air laut,garam dan pasir. Tidak seperti air di kolam awam yang dibubuh klorin dan hanya berpusing di satu kawasan sahaja yang sudah tentu berpotensi untuk menjangkitkat bakteria tertentu. Di pantai kanak-kanak juga boleh mengenal hidupan air, bermain pasir yang menguji koordinasi mereka,menyihatkan kulit dan memberanikan diri dengan ombak. Jika pesisir pantai dijaga baik dan banyak aktiviti, orang akan ramai datang semula dan peniaga kecil juga dapat melariskan jualan.

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: