Merangsang aktiviti ‘Creative Tourism’ yang mengujakan…

Creative Tourism sekarang semakin dicari-cari oleh pelancong luar khususnya dari Eropah dan Amerika. Berbeza dengan pelancong dari sekitar Asia yang gemarkan persekitaran yang selamat untuk sekeluarga dan suka bersantai disamping mencari tempat membeli-belah yang murah. Creative tourism ini dikembangkan daripada Cultural Tourism. Aktiviti daripada Kebudayaan diluaskan lagi menjadi Pelancongan secara Kreatif.

Kreatif ini bukanlah bermaksud semua perkara yang sedia ada diubah menjadi sesuatu yang baru atau menarik tetapi ianya adalah mempromosikan semua aktiviti masyarakat setempat menjadi cabang industri pelancongan yang baru. Di dalam dunia sekarang yang tanpa sempadan dan perkembangan teknologi, pelbagai produk pelancongan dan mercu tanda boleh dibangunkan oleh manusia jika mempunyai wang dan sumber.

Maka disini pelancong luar mula mencari industri pelancongan kreatif yang lebih menarik dan menawarkan sesuatu yang lain untuk mereka. Mereka tidak lagi mahu pergi ke taman tema yang gah, pergi ke Shopping Mall yang ekslusif, membeli-belah international branded items dan tinggal di rangkaian hotel mewah antarabangsa. Ini kerana mereka boleh mendapatkannya dengan lebih baik di negara asal mereka. Ini termasuk lambakan cenderahati dari Negara China yang juga terdapat di pelabagai destinasi lain seluruh Asia Tenggara. Di sinilah Creative Tourism memainkan peranan.

Sebagai contoh, Thailand telah lama mempromosikan budaya mereka ke luar melalui masakan thai, tinju siam atau muay thai kick boxing dan urutan siam / thai massage. Sekarang mereka pula menggalakkan pelancong untuk mengalami budaya itu dengan mempelajarinya terus dari orang Thai. Mereka mempromosi gym-gym tinju siam serata Thailand dan menyokong program perlawanan tinju siam di luar. Dengan tagline ‘Discover the other you’ Tourism Thailand mempromosi negara mereka melalui pakej creative tourism di http://www.discovertheotheryou.com. Terdapat pakej seperti mempelajari masakan siam,urutan cara siam,menanam padi siam dan juga seni persembahan tradisi siam. Pelancong akan diberi sijil dan pengiktirafan setelah tamat pakej pembelajaran yang dipilih secara profesional. Ini secara tidak langsung merangsang pelancong untuk tinggal lebih lama di Negara mereka sepanjang tempoh aktiviti itu. Perkara ini akan menyokong industri lain seperti hotel dan rumah sewa. Bagi pelancong yang sudah jatuh cinta dengan Thailand, mereka akan membeli hartanah di situ sperti program MM2H di Malaysia.

Untuk merangsang aktiviti creative tourism ini, sokongan kerajaan secara berpusat adalah perlu seperti kejayaan program Homestay oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Program creative tourism yang diiktiraf oleh Kerajaan akan memberi lebih menarik minat pelancong dan memberi tanggapan yang baik. Antara program yang mungkin boleh dilakukan disini adalah:

–Mempelajari seni tarian Melayu secara pakej berkumpulan dengan modul meliputi setiap jenis tarian satu pengiktirafan. Pengusaha-pengusaha atau kelab-kelab budaya persendirian boleh memanfaatkan pakej ini.

–Mempelajari seni Silat Olahraga dan memberikan pelancong ujian-ujian dan pertandingan sebagai Nilai tambah. Gym-gym dan pertubuhan silat boleh memanfaat pakej ini.

–Batik merupakan fesyen citarasa Malaysia dan negeri Pantai Timur adalah sinonim dengan pembuatan batik, pelancong boleh mempelajari cara melukis dan menghasilkan baju batik. Pelancong ini boleh menjadi pintu masuk batik ke negara-negara mereka.

Penjual-penjual cenderahati juga boleh memanfaatkan creative tourism dengan mempelbagaikan hasil cenderahati yang home made dan buatan tangan untuk menjadikan barang jualan lebih ‘authentic’. Melibatkan pelancong dalam pembuatan cenderahati dan keraftangan merupakan cabang creative tourism ini. Pembuatan cenderahati yang boleh ‘customize’ ikut kehendak pelanggan adalah kelebihan. Mereka keraftangan mengikut perkembangan terkini seperti perhiasan tambahan untuk iPad,tablet dan smartphone tentu menarik dan menjadi sumber pendapatan baru….

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: