RTC Melaka at Linggi

Orang Melaka bakal menerima satu lagi pusat transformasi dari Kerajaan Pusat selepas Urban Transformasi Center (UTC) di Jalan Hang Tuah. Kini Rural Transformasi Center telah pun siap dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri pada sabtu ini 10 November 2012 jam 2 petang. Dimanakah tempatnya? RTC Melaka ini terletak di kompleks LKIM Kuala Linggi. Kalau dalam google maps ikut jalan laut cari yang hujung sekali ke arah Muara Sungai Linggi di Kampung Kuala Linggi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif RTC ini sila lawat di sini. Secara ringkasnya RTC adalah pusat pelbagai perkhidmatan untuk penduduk luar bandar dan ianya lebih kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat seperti pengumpulan hasil pertanian, ikan-ikan dan latihan berkaitan. RTC ini bukanlah yang pertama kerana sebelum itu RTC telahpun dilancarkan di Gopeng Perak dan Tunjong di Kelantan…

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: