Boboiboy di Melaka Wonderland 16-18th Nov2012


Katun kegilaan anak-anak zaman sekarang ini akan berada di Melaka wonderland pertengahan bulan ini. Tak seperti zaman kita kanak-kanak dahulu, katun seperti boboiboy dan upin-ipin ini telah menjadi lebih komersial kerana minat kanak-kanak ini mampu merobek wang ibu-bapa. Ini adalah satu petanda baik industri katun tempatan kerana sebelum ini kanak-kanak ini lebih terarah kepada katun Jepun seperti naruto dan hello kitty….

MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT
3 NOVEMBER 2012

PRESS RELEASE

Boboiboy di Melaka Wonderland 16th-18th November 2012

Air Keroh – Boboiboy akan datang ke Taman Tema Air Melaka Wonderland pada cuti sekolah ini dari 16hb-18hb November 2012 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) untuk kali ke-dua bagi mengadakan karnival Boboiboy sempena cuti sekolah ini. Untuk para peminat di luar sana, anda boleh mula membuat perancangan ke taman tema air dan merasai pelbagai aktiviti terbaru yang disediakan untuk anda. Pelbagai permainan dan pertunjukkan disediakan kepada para pelawat seperti telematc dan, free style dance. Terdapat juga aktiviti dan permainan yang dikendalikan oleh Boboiboy seperti pertandingan mewarna, giant puzzle, explorace dan aktiviti lain yang menyeronokkan. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berkarnival bersama Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal !!!

Menurut En.Seow, Pengurus Besar Taman Tema Air Melaka Wonderland & Resort, “Ia merupakan kali ke-dua Boboiboy mengadakan karnival di Taman Tema Air Melaka Wonderland. Kita percaya bahawa aktiviti seperti ini yang termasuk permainan dan pertunjukkan akan dapat menggalakkan aktiviti yang sihat di kalangan ahli keluarga dan sebagai sokongan terhadap animasi tempatan. Datanglah taman tema air ini sempena cuti sekolah dan merasai pelbagai aktiviti terbaru seperti leadway, dirt kart, dinosaur park, game machines dan aktiviti memancing.

Melaka Wonderland yang dikelilingi oleh hutan rekreasi memberi kelebihan tersendiri dengan pulau semulajadinya yang pertama di Malaysia. Permainan paintball dan aktiviti memancing yang terdapat di atas pulau ini membolehkan pelanggan merasai pengalaman yang unik semasa memancing dan bermain paintball di padang bertaraf antarabangsa.
Aktiviti leadway merupakan pengangkutan berteknologi hijau yang pertama di dalam taman tema air di Malaysia. Ia mampu membawa penunggangnya dengan kelajuan 15km/jam di dalam trek dan akan diajar oleh pengajar yang berada di sepanjang trek apatah lagi leadway merupakan salah satu jenis pengangkutan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Untuk peminat aktiviti ekstrem dan kelajuan, anda boleh merasai aliran adrenalin semasa memandu dirt kart.

Lebih banyak aktiviti permainan akan memperkenalkan di Taman Tema Melaka Wonderland & Resort pada masa akan datang bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negeri Melaka “.Raikan perayaan Deepavali pada 13/11/2012 di taman tema air kerana terdapat pelbagai permainan dan aktiviti diesediakan untuk anda antaranya pertandingan membuat kolam . Selain itu, anda boleh menari bersama dengan maskot kami, Rexy, Ponydino, Baby Blue dan Pink. Jumpa anda di sini!
Untuk keterangan lanjut, pengunjung yang berminat boleh menghubungi kami di talian 06-231 3333 / 1119 atau emel enquiries@melakawonderland.com.my atau melayari laman sesawang kami di www.melakawonderland.com.my. Ikuti perkembangan terkini kami di laman sosial Facebook (Melaka Wonderland Theme Park & Resort)

Disediakan:
Jabatan Pemasaran & Komunikasi, Taman Tema Air Melaka Wonderland

Untuk keterangan lanjut, Sila hubungi:
Kim Mei Ee
Telefon : 06-231 3333 / 1119 ext 313
Mobil : +6016-248 3255
E-mel : kim@melakawonderland.com.my

— asmaliana

Other Interesting posts:

Latest Comments
  1. Michael Ng
    -
  2. asmaliana
    -

Leave a Reply

%d bloggers like this: