Garden by the roof


Roof top garden di Manhattan pic from wikipedia

Sekarang ni di negara-negara Maju mereka mula menghijaukan bangunan-bangunan yang ada. Almaklumlah diorang ni banyak pencakar langit yang moden. Mereka yang duduk di kota metropolitan macam New York tu bangun-bangun terus nampak batu yang menjulang, nak tengok pokok yang menghijau kenalah keluar ke taman-taman yang di bina oleh Kerajaan. Sebab itu mereka banyak taman-taman rekreasi. Amalan untuk menghijaukan bangunan pula dikatakan mampu untuk menyejukkan suhu bangunan sekaligus menjimatkan kos bahan api. Ianya juga mampu menyerap sebahagian air hujan dan dapat mengurangkan banjir kilat.

Tidak dinafikan konsep roof garden ini ada unsur-unsur tarikan pelancong. Di roof garden yang biasanya terletak di atas bumbung bangunan atau tingkat tertentu di bangunan tinggi bukan sahaja ada pokok dan bunga-bungaan, tetapi juga tempat rekreasi, restoran dan theme park. Contoh terdekat yang kita boleh lihat adalah di Singapore. Tempat yang popular adalah seperti Marina Bay Sands Rooftop Gardens dan Suntec City Sky Garden.

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: