Congrats to One Number Call Center Melaka!


Rakan-rakan di pentadbiran awam Negeri Melaka sudah tentu amat berbangga kerana Melaka telah membolot 2 anugerah Inovasi Sektor Awam yang telah diadakan bersekali dengan perjumpaan bersama KSN Semalam. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka melalui ONCC dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah. Berbanding inovasi yang lebih berbentuk inhouse di PDTAG siapa yang tak kenal dengan ONCC. Sehinggakan Putrajaya pun mahu buat ONCC sendiri. ONCC ini adalah cetusan idea YAB Ketua Menteri Melaka. Menurut berita di TV1 baru tadi, Bos ONCC En. Ramli Mohd Ali menyatakan bahwa sekarang ONCC menerima sehingga 60 ribu panggilan sehari berbanding 3000 panggilan pada awal penubuhannya. Jika tuan-tuan biasa menggunakan ONCC Melaka dan cuba pula untuk menghubungi jabatan-jabatan kerajaan/kementerian di luar Melaka…rasailah perbezaannya!

— asmaliana

Other Interesting posts:

Leave a Reply

%d bloggers like this: