December 15, 2019

KW Autoshow 2007

Flyers Autoshow 2007

KW Autoshow 2007 telah diadakan pada 2 Jun 2007 di Tapak Meletak Kenderaan Hotel Metropole, Jalan Hang Tuah, Melaka. Acara ini telah diadakan dari jam 8.00 pagi – 8.00 malam di mana terdapat 4 kategori iaitu K-Car Standard, K-Car Extreme, Open + Proton Standard, Open + Proton Extreme. KW Autoshow 2007 dianjurkan oleh Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Syarikat Navel Events Sdn. Bhd. Pihak Kim Wah Unique Trading Sdn. Bhd. juga telah bermurah hati untuk menyumbang hadiah bagi pertandingan ini. Lebih 50 buah kereta dari pelbagai jenis model telah menyertai program ini. Setiap penyertaan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM50 dan pengadilan adalah berdasarkan kepada custom made, sound system, air-brush, kebersihan, kecantikan, keunikan, kreativiti dan sebagainya. Pemenang akan menerima hadiah yang lumayan yang berjumlah lebih RM10,000 termasuk wang tunai, aksesori kereta, sijil penyertaan dari Kerajaan Negeri Melaka dan trofi. Hadiah telah disampaikan oleh YB Datuk Hj Ab Rahaman Bin Hj Ab Karim, Exco Pelancongan, Kebudayaan & Warisan Negeri Melaka semasa Majlis Penutup MTSC 2007 pada 3 Jun 2007 di Hang Tuah Mall, Melaka. Pada malam 2 Jun tersebut, turut diadakan Car Audio Performance oleh Kim Wah Unique Trading Sdn. Bhd. yang telah berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung pada hari tersebut. Syabas dan tahniah kepada urusetia dan krew yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan program ini berjaya. Tahun depan, jangan lupa menyertai acara ini. Ok, pasti gempak punya!!!! Orang ramai mengunjungi KW Autoshow 2007Sempat Posing Depan Kereta Idamanku…Kancil with my favourite colourSyok betul di KW Autoshow 2007

asmaliana

Hi, I'am Asmaliana, I work at Tourism Melaka. I love my state, Melaka, the world heritage city by UNESCO. Don't Mess With Melaka.

View all posts by asmaliana →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.