Asmaliana.com best displayed with Mozilla Firefox, get Mozilla Firefox for better browsing
Powered by MaxBlogPress  

Demam Panas

cicademam1.jpg

cicademam2.jpg

(ChaCha), terpaksa dikejarkan ke hospital kerana demam panas diikuti dengan ‘demam-tarik’. Pengalaman yang agak mencemaskan. Maklumlah 1st time. Suhu badan semasa di hospital adalah 38′C. Terus pembantu perubatan memindahkannya ke wad pediatrik.

Air dimasukkan ke dalam badan (intravenous fluid drip), bagi baby sudah tentu sukar! Cecair perlu dimasukkan terus ke dalam badan kerana chacha kurang selera untuk minum susu dan cirit - birit.

Setelah diberi penerangan oleh Doktor di wad pediatrik, demam panas sehingga bayi dalam keadaan separa sedar (sawan) adalah perkara yang normal iaitu badan melawan penyakit. Demam hingga berlaku sawan tarik biasanya berlaku pada kanak- kanak dari 6 bulan hingga 6 tahun. Ada banyak kepercayaan bahawa sawan tarik boleh menyebabkan kanak - kanak menjadi cacat otak atau lemah daya ingatan. Tetapi ia sebenarnya tidak begitu sama sekali. Malah pendapat menyiram anak dengan air juga adalah tidak tepat sama sekali malah membahayakan si kecil.

# Bagi ibu bapa yang tidak pernah berdepan masalah ini, sawan demam ada beberapa tanda iaitu:

# Anak biasanya hilang kesedaran.

# Otot menjadi tegang atau mengalami kejutan (tersentak-sentak).

# Muka anak bertukar menjadi merah atau biru.

# Serangan sawan ini boleh berlanjutan beberapa minit.

# Apabila serangan sawan berhenti anak akan sedar kembali, tetapi terus tidur.

Maka untuk ibu - ibu yang anak mereka menghidapi demam panas, jangan terlalu risau kerana ianya adalah normal dan tiada kaitan dengan epilepsi. Lagi info mengenai sawan demam panas disini.

Related posts:

  1. Sejarah Melaka
  2. Melaka Tourism Street Carnival (MTSC) 2007!
  3. KW Autoshow 2007


2 Responses to “Demam Panas”  

  1. 1 Caps

    aNAK KITE PUN PERNAH KENE DEMAM SAWAN NI…23 JAN DIA KENE….SEKALI LAGI DISERANG SEMASA HARI PILIHANRAYA

  2. 2 admin

    Kerap juga tu, Alhamdulillah chacha baru sekali kena dan tak pernah kena lagi. Mintak jauhla kalau kena lagi… panik jadinya hehe.

Leave a Reply