Asmaliana.com best displayed with Mozilla Firefox, get Mozilla Firefox for better browsing
Powered by MaxBlogPress  
Far East HK Experiences


Melaka Tourism Street Carnival (MTSC) 2007 telah diadakan dari 26 Mei - 3 Jun 2007 di Hang Tuah Mall, Melaka. Program 9 hari karnival ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta. Sebanyak 35 buah acara telah diisi sepanjang karnival ini yang telah berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung mahupun pelancong dari dalam dan luar Negara. Program ini telah mendapat sumbangan dan tajaan daripada pelbagai pihak seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tourism Malaysia, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Melaka (MTPN), Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Negeri Melaka, Syarikat Navel Events Sdn. Bhd., Syarikat De’ Alam Impiana Sdn. Bhd., Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd. (PMH), Kim Wah Unique Trading Sdn. Bhd., CELCOM, OGAWA, ORIENTAL FOOD, CANON, JOTUN dan sebagainya. Program ini merupakan salah sebuah acara utama Negeri Melaka yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Ia telah dimuatkan di dalam Kalendar Acara Pelancongan Negeri Melaka 2007. Antara acara yang diadakan sepanjang karnival ini adalah seperti berikut :-
* Cabutan Kupon Bertuah Festival Pelancongan Melaka 2006
* KW Autoshow 2007
* Pertandingan Mewarna (Tadika & Sekolah Rendah)
* Pertandingan Melukis (Sekolah Menengah)
* Pertandingan Kawat Kaki
* Breakdance Competition
* Paintball Tournament
* Melaka Tourism Biker’s Carnival 2007
* Winning Eleven MTSC Cup 2007
* Gusti Lengan
* Battle of the Band
* Sukan Rakyat
* Pertandingan Karaoke (Muzik Asli, P Ramlee, Saloma & Duet)
* Pertandingan Andaman
* Kuiz Pelancongan Negeri Melaka
* Fruit Carving Competition
* Extreme Games
* Lucky Draw MTSC 2007
* Canon Photo MTSC 2007
* Demostrasi Seni Mempertahankan Diri
* Pameran & Jualan MTSC 2007

Untuk makluman semua, memandangkan acara ini mendapat sambutan hangat dari semua lapisan masyarakat, Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan acara ini menjadi acara tahunan Negeri Melaka yang akan diadakan pada musim cuti sekolah. Usaha ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Melaka untuk menarik 6 juta pelancong datang ke Melaka pada tahun 2007. Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia.

Related posts:

  1. KW Autoshow 2007
  2. Best Nya…Melaka Tourism Street Carnival 2008 is Coming!
  3. Melaka International Air Carnival 2007
  4. Festival Pelancongan Melaka 2008 @ BB Plaza
  5. Merdeka Festival 2007


One Response to “Melaka Tourism Street Carnival (MTSC) 2007!”  

  1. 1 Mr WordPress

    Hi, this is a comment.
    To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.

Leave a Reply